Wednesday, March 2, 2011

Kisah Usin

"Abang pakailah kemas-kemas sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya yang sungguh baik hati.
"Cantik isteri abang," Usin mencium pipi Liza yang lembut.

"Abang, , cepatlah siap,anak -anak tak sabar nak balik kampung,"Liza memberitahu suaminya.
"Yelah, Yelah,abang dah siap ni."

Liza tersenyum melihat suaminya melayan telatah anak-anak mereka yang comel dan manja.

" Dah lama kita tak balik kampung sekeluarga, Ye ?"

"Ahaaa, maklumlah abang kan sibuk. Baru kali dapat cuti panjang." Usin berkata kepada isterinya tercinta.

Perjalanan kekampungnya mengambil masa lebih kurang 4 jam. Liza dan anak-anaknya terlelap.

"Tak Sabar rasanya nak sampai kampung," Usin berkata dalam hati.

Kerana ghairah Usin memandu dengan laju. Semakin lama semakin laju Dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar sampai ke kampungnya. Dan Honda Civicnya mula memecut.

Usin cilok kiri, cilok kanan. . Dia terlupa sekejap pada anak dani sterinya yang sedang tidur.

", Kenapa bawa laju sangat ni?" Liza terjaga dari tidurnya.

"Tak ada-apa sayang, Rileks... Cepat sampai kampung nanti."

" Lambat tak apa... Jangan laju sangat bang, Liza takut." beritahu Liza kepada suaminya.

"Rileks Liza...tak ada apa-apa," Usin memotong bas ekspres di depannya .
"Haaa... Kan, tengok. tak ada apa-apa berlaku?" Kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi

"Ha... ada satu lagi bas ekspres. .". Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. Usin terus membelok ke kanan untuk memotongdan didepan ada sebuah lori besar..kemudian BANG!!

"Usin.... Bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ.

"Mana Liza mak ? Macammana dengan Liza mak ? Farah, Adi.... Mana anak-anak saya mak ?" Bertubi-Tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya.Emaknya Memandang Usin Tepat-Tepat.

"Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin masih terus menangis.

PAANNNGGG!!

Usin ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?

"Banyak la engkau punya isteri ! Keja pun malas ada hati nak berbini. Tu La, tidur lagi senja-senja macam ni ! Dah ! Bangun pergi sembahyang !" Emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....

...Dan Usin Tersengih Keseorangan. ! Malu Beb !!

No comments: